Site icon TechNave BM

OnePlus Nord N20 bakal dilancar: Miliki skrin AMOLED 60Hz dan mungkin cipset Snapdragon 695

Semalam, OnePlus telah memberikan PCMag imej OnePlus Nord N20 yang mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi. Imej tersebut merupakan tangkapan rasmi peranti dan ternyata, jangkaan orang ramai adalah tepat mengenai reka bentuknya.

Syarikat tersebut juga mendedahkan bahawa telefon pintar itu akan menampilkan pengecasan pantas SuperVOOC dan panel AMOLED 60Hz dengan pengimbas cap jari bawah paparan. Ia menampilkan skrin 6.43 inci dengan resolusi FHD+. Walaupun COO OnePlus iaitu Kinder Liu tidak jelas menerangkan butiran peranti, PCMag membuat jangkaan bahawa ia akan membawa paparan AMOLED 60Hz atau panel LCD 90Hz. Nampaknya, OnePlus memilih pilihan pertama.

Nord N20 lebih fokus dipasarkan di pasaran Amerika Utara. Liu berkata ini kerana skrin peranti menawarkan penggunaan kuasa rendah, kontras yang baik dan gamut warna yang luas daripada apa yang sedang dijual di peranti mampu milik Amerika Utara.

Spesifikasi lain yang dikhabarkan adalah cipset Snapdragon 695, kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, RAM 6GB dan storan 128GB dan mungkin menggunakan OxygenOS 11 berdasarkan Android 11. Peranti ini mungkin disediakan di AS sebelum akhir bulan ini.

Namun, butiran-butiran ini hanyalah jangkaan semata-mata. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version