Site icon TechNave BM

OnePlus Nord N20 mungkin akan tiba lebih awal, dikesan di pensijilan IMDA

Pada tahun lalu, OnePlus telah memasuki ke telefon pintar segmen permulaan dan pertengahan dengan melancarkan telefon pintar siri Nord. Mereka dilihat cuba untuk menghasilkan peranti yang berpatutan apabila telefon andalan mereka menjadi lebih premium pada setiap generasi yang baru. OnePlus telah perkenalkan telefon pintar Nord N10 pada bulan Oktober tahun lepas dan masuk ke pasaran Malaysia pada Mac lalu. Kini, sumber memberitahu bahawa generasi kedua Nord N20 telah melepasi pensijilan IMDA dan ianya mungkin dilancar lebih awal.

OnePlus Nord N20 ini dilihat menggunakan nombor model EB2103 pada penyenaraiannya di pensijilan IMDA. Ia juga dikatakan adalah peranti yang sama dengan kod nama Ebba yang dikesan di pensijilan BIS India.

Nord N20 di pensijilan IMDA

Dengan pelancaran telefon andalan siri OnePlus 9 yang lebih awal dari biasa, ianya tidak mustahil jika OnePlus juga ingin melancarkan telefon kelas pertengahan mereka lebih awal dari bulan Oktober.

Pada masa yang sama, beberapa imej janaan komputer untuk OnePlus Nord N20 telah muncul dalam talian. Melihat kepada gambar tersebut, ia hadir dengan panel belakang berkilau, kamera tri, sensor cap jari sisi dan potongan punch-hole pada skrinnya.

Nantikan berita lanjut mengenai OnePlus Nord N20 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version