Site icon TechNave BM

OnePlus Nord N200 5G dilancar: Snapdragon 480, skrin 90Hz 6.49 inci bermula ~RM990

OnePlus hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru di benua Amerika Utara iaitu OnePlus Nord N200 5G yang merupakan penyambung kepada Nord N100 pada tahun lepas. Setakat ini, ia telah disenaraikan dalam laman web e-dagang B&H dan pra-tempahan akan dibuka bermula 25 Jun.

Berikut adalah spesifikasi untuk OnePlus Nord N200 5G:

Setakat ini ia sudah pun dilancarkan dalam dua negara Amerika Utara iaitu Amerika Syarikat dengan harga USD240 (~RM990) dan Kanada dengan harga CAD320 (~RM1,085), namun pada waktu artikel ditulis, laman web B&H itu telah dipadam buat sementara. Masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki OnePlus Nord N200 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version