Site icon TechNave BM

OnePlus Nord SE bakal hadir dengan cas pantas 65W, mungkin dilancar Q1 2021

Pada tahun ini, OnePlus telah melancarkan pelbagai telefon pintar selain daripada flagship premium mereka. OnePlus telah memperkenalkan telefon kelas pertengahan, OnePlus Nord pada Ogos yang lalu dan telefon kelas permulaan, OnePlus Nord N100 dan N10 5G baru-baru ini.

Terbaru, sumber menyatakan bahawa OnePlus bakal melancarkan sebuah lagi telefon kelas pertengahan iaitu OnePlus Nord SE. Berdasarkan penyenaraian di TUV Rheinland, sebuah pengecas untuk peranti OnePlus baru telah dikesan yang menyokong pelbagai kadar pengecasan iaitu 5.0V/2.0A (15W) dan 10.0V/6.5 (65W).

OnePlus Nord SE ini mungkin hadir dengan sedikit penambaikan berbanding OnePlus Nord yang lalu. Peranti ini dikhabarkan akan hadir dengan bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 65W. Namun, ia dikatakan akan mengekalkan cipsetnya yang lalu iaitu Snapdragon 765G.

Peranti ini dijangka akan memasuki pasaran pada suku pertama tahun 2021 bersama telefon flagship terbaru OnePlus, OnePlus 9.

Adakah anda menantikan telefon terbaru OnePlus ini? Komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version