Site icon TechNave BM

OnePlus Nord SE mungkin akan dilengkapi pengecasan 65W dan cipset Snapdragon 765G

Sebelum ini OnePlus telah pun memasuki pasaran telefon pintar kelas pertengahan dengan OnePlus Nord, Nord N100 dan Nord N10 5G. Kini, terdapat berita mengatakan bahawa OnePlus akan melancarkan OnePlus Nord SE pula selepas ini yang akan dilengkapi cipset Snapdragon 765G, iaitu cipset sama yang terdapat dalam Nord asal.

Di samping itu, sumber juga mengatakan bahawa Nord SE akan dilengkapi skrin AMOLED dengan resolusi Full HD+. Ia akan dilengkapi bateri 4,500mAh yang boleh menyokong pengecasan 65W, sama seperti pengecasan dalam OnePlus 8T.

Setakat ini ia mempunyai kod nama Ebba dan ia mungkin akan dijual di India dan Eropah terlebih dahulu pada Mac 2021, iaitu tarikh yang sama dengan OnePlus 9.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Central

Exit mobile version