Site icon TechNave BM

OnePlus Nord Watch bakal dilancar, miliki paparan 1.78″ dengan kecerahan 500 nits

OnePlus telah mengeluarkan poster promosi pertama OnePlus Nord Watch untuk mengumumkan pelancarannya tidak lama lagi. Hari ini, jenama itu mengesahkan beberapa spesifikasi peranti akan datang termasuk saiz skrin 1.78 inci dan kecerahan 500 nits.

Syarikat itu berkongsi bahawa Nord Watch akan memaparkan skrin AMOLED segi empat sama 1.78 inci (45.2mm), resolusi 368×448 piksel dan kecerahan puncak 500 nits. Selain itu, ia dijangka menggunakan panel yang menyokong kadar penyegaran semula 60Hz.

OnePlus telah berjanji untuk mendedahkan spesifikasi teknologi utama Nord Watch setiap dua hari sehingga 28 September. OnePlus memberitahu ia akan berkongsi butiran seperti hayat bateri, ciri penjejakan aktiviti dan ciri pemantauan kesihatan dalam beberapa hari lagi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version