Site icon TechNave BM

OnePlus Open 2 dijangka dilancar pada separuh kedua 2025

Khabar angin dari China mencadangkan bahawa OPPO Find N5 mungkin dilancarkan menjelang akhir Mac dan dijangka diperkenalkan secara antarabangsa sebagai OnePlus Open 2 jika mengikut strategi tahun lalu di mana OnePlus Open adalah versi penjenamaan semula OPPO Find N3.

Walaupun laporan awal tidak memberi kepastian tentang garis masa pelancaran, seorang pemberi maklumat menyatakan bahawa OnePlus Open 2 mungkin hanya dilancarkan secara global pada separuh kedua 2025 yang berkemungkinan seawal Julai. Jika benar, peranti ini dijangka menggunakna cipset Snapdragon 8 Elite.

Dengan pelancaran pada pertengahan atau akhir 2025, jangka hayat Snapdragon 8 Elite mungkin lebih pendek sebelum cipset baharu diperkenalkan terutamanya dengan harganya yang dijangka premium. OnePlus Open 2 dijangka akan membawa beberapa persamaan dengan pendahulunya tetapi menawarkan penambahbaikan daripada segi paparan, prestasi dan reka bentuk menjadikannya lebih menarik di pasaran telefon pintar lipat.

OnePlus Open pertama, yang dilancarkan pada Oktober 2023, adalah telefon pintar lipat pertama syarikat itu. Ia menawarkan paparan luaran bersaiz 7.82 inci dan skrin penutup LTPO3 OLED bersaiz 6.31 inci, dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan konfigurasi storan dalaman sehingga 1TB dan RAM 16GB.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version