Site icon TechNave BM

OnePlus paparkan warna dan contoh gambar dari kamera OnePlus 9 Pro-Hasselblad

Siri telefon pintar andalan OnePlus 9 akan dilancar pada 23 Mac dan OnePlus telah pun berkongsi sedikit maklumat tentang telefon tersebut. Terbaru, OnePlus berkongsi warna perak dan ungu untuk siri OnePlus 9 serta menunjukkan bonggol kameranya dengan lebih dekat.

Dalam sebuah poster rasmi, sebuah OnePlus 9 ditunjukkan dalam warna ungu Winter Mist dan sebuah OnePlus 9 Pro pula ditunjukkan dalam warna putih Morning Mist. CEO OnePlus, Pete Lau, mengatakan permukaan gelas belakang OnePlus 9 Pro memerlukan 30 langkah dan lebih 25 hari untuk menghasilkannya.

OnePlus 9 akan dilancar dalam warna biru, hitam dan ungu manakala OnePlus 9 Pro akan terdapat dalam warna putih, hijau dan hitam. Daripada segi spesifikasi, OnePlus 9 dijangka akan dilengkapi komponen tercanggih seperti cipset Snapdragon 888, skrin AMOLED 120Hz, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 65W.

Selain itu, OnePlus turut berkongsi contoh-contoh gambar yang diambil dengan kamera OnePlus 9 Pro yang dihasilkan dengan kerjasama Hasselblad.

Apakah pendapat anda tentang gambar daripada kamera OnePlus 9 Pro ini? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version