Site icon TechNave BM

OnePlus sahkan cas pantas Warp Charge 65W hadir bersama OnePlus 8T 14 Oktober ini

OnePlus mungkin mengetahui bahawa peminatnya sedang menunggu pendedahan spesifikasi OnePlus 8T yang bakal dilancarkan pada 14 Oktober ini. Oleh itu, OnePlus kini mengumumkan pengecasan pantas Warp Charge 65W dan turut mengesahkan pengecasan pantas 65W ini sebagai salah satu spesifikasi OnePlus 8T.

Melalui sebuah siaran di forum OnePlus, Warp Charge 65 dilaporkan bakal dilancarkan sekali dengan flagship seterusnya. OnePlus turut menyatakan bahawa Warp Charge 65W mampu mengecas penuh bateri 4500mAh pada OnePlus 8T selama 39 minit sahaja, manakala pengecasan lebih kurang 58% selama 15 minit sahaja.

Tambah mereka, Warp Charge 65 hadir dengan alat suai kuasa (adapter) yang direka untuk keserasian tinggi dengan peranti lain. Tidak terhenti disitu, ia tampil dengan rekaan port USB-C dual-end yang menyokong pengecasan lebih banyak peranti lain.

Sepintas lalu, OnePlus 8T dikatakan akan dijana cipset Snapdragon 865, skrin AMOLED 120Hz dan bateri 4500mAh dengn sokongan pengecasan pantas 65W. Anda boleh membaca berita lepas mengenai OnePlus 8T disini.

Adakah anda teruja menunggu kemunculannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version