Jika anda tidak tahu, semalam CEO OnePlus, Pete Lau mengumumkan bahawa OnePlus dan OPPO kini sudah bergabung tenaga sebagai sebuah syarikat teknologi. Hal ini dilakukan untuk berkongsi sumber dan teknologi antara satu sama lain. Jadi, muncul persoalan, adakan antara muka OxygenOS bakal diganti dengan ColorOS dari OPPO?
Jawapannya adalah tidak. Berdasarkan Lau, OnePlus akan terus beroperasi sebagai sebuah jenama bebas dan ini termasuklah pengembangan antara muka OxygenOS.
Untuk pengetahuan anda, telefon OnePlus di pasaran China hadir dengan antara muka yang sedikit berbeza dari OxygenOS iaitu HydrogenOS. Ini adalah kerana pasaran China tidak hadir dengan sokongan Google Mobile Services. Terbaru dengan siri OnePlus 9, OnePlus China telah mengambil langkah untuk bertukar ke antara muka ColorOS dari OPPO.
Walaupun begitu, jangan risau, telefon OnePlus di pasaran luar China akan kekal menggunakan OxygenOS.
Adakah anda berpuas hati dengan berita ini? Berikan komen anda di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : GSMArena

