Site icon TechNave BM

OnePlus sahkan pelancaran OnePlus 8T 5G, Robert Downey Jr sambung jadi duta

OnePlus telah mengesahkan bahawa telefon seterusnya daripada syarikat itu adalah OnePlus 8T 5G di Twitter OnePlus India. Walau bagaimanapun, mereka tidak mengumumkan tarikh pelancarannya dan sekadar menulis “coming soon” (akan datang).

Sebelum ini, terdapat ramalan bahawa telefon tersebut akan dilancarkan pada 14 Oktober. Selain itu, pada Sabtu lalu, sebuah laman khas untuk OnePlus 8T 5G telah dilancarkan dalam laman web OnePlus India di mana sebuah promosi dan cabutan bertuah telah dianjurkan. Pemenang cabutan bertuah itu bakal membawa pulang sebuah OnePlus 8T 5G.

Laman tersebut turut memaparkan sebuah video pendek yang menunjukkan pelakon terkenal, Robert Downey Jr., sebagai duta untuk OnePlus 8T 5G. Selain itu, terdapat juga butang “Notify Me” untuk pemberitahuan khas buat telefon tersebut.

Spesifikasi rasminya masih belum didedahkan, namun anda boleh baca spekulasi awal di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: OnePlus India

Exit mobile version