Site icon TechNave BM

OnePlus umumkan OnePlus Nord LE, hanya satu unit di dunia sahaja

Semalam, OnePlus telah mengumumkan sebuah edisi khas untuk telefon pertengahan OnePlus Nord mereka. Telefon pintar edisi khas ini diberi nama OnePlus Nord LE yang merujuk kepada Literally Only One Edsion (Edisi hanya satu sahaja). Ini bermakna hanya satu unit sahaja OnePlus Nord LE yang ada di dunia.

Perbezaan OnePlus Nord LE dengan Nord yang biasa hanyalah pada warna peranti sahaja. OnePlus Nord LE hadir dengan kemasan warna biru dan kuning. Warna panel belakangnya akan berubah mengikut sudut pegangan anda. Untuk spesifikasinya, ia kekal sama seperti OnePlus Nord yang biasa.

OnePlus memperkenalkan OnePlus Nord LE untuk sebuah peraduan telefon percuma. Pengguna boleh mendapatkan telefon ini dengan syarat tertentu yang telah diberitahu di laman sosial Instagramnya.

OnePlus Nord hadir dengan skrin 6.44 inci AMOLED 90Hz, cipset Snapdragon 765G dengan RAM setinggi 12GB. Ia juga dilengkapi kamera utama 48MP, bateri 4115mAh dan pengecasan pantas 30W.

Adakah anda seorang yang suka menyertai peraduan barang percuma? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version