Site icon TechNave BM

OnePlus Watch dilancar di Malaysia : Warna hitam sahaja, berharga RM699

Pada hari ini, selain siri OnePlus 9, OnePlus Malaysia turut melancarkan jam tangan pintar pertama mereka iaitu OnePlus Watch. Jam tangan pintar ini mula dijual pada 18 Mei (12 tengah malam) di Shopee pada tanda harga RM699.

Berdasarkan acara pelancarannya, hanya warna Midnight Black (hitam) sahaja yang ditawarkan di pasaran Malaysia.

OnePlus Watch hadir dengan skrin 1.38 inci beresolusi 326ppi. Selain itu, ia juga dilengkapi GPS di dalamnya yang boleh digunakan ketika melakukan penjejakan senaman. Yang menarik, ia juga hadir dengan ciri kalis air IP68 dan 5ATM.

Sama seperti kebanyakan jam tangan pintar lain, ia juga turut menyokong fungsi seperti pengesanan oksigen darah, pengawalan kadar tekanan, pelbagai mod sukan dan boleh menjawab dan menerima mesej.

OnePlus Watch mampu untuk bertahan sehingga 2 minggu dan anda boleh menyambungkannya dengan televisyen OnePlus TV.

Adakah anda berminat dengan OnePlus Watch ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version