Site icon TechNave BM

OnePlus Watch dilancar: Lebih 110 mod sukan, cas 20 minit tahan seminggu berharga ~RM657

Terkini, OnePlus bukan sahaja melancarkan siri OnePlus 9 5G, tetapi juga jam tangan pintar OnePlus Watch. OnePlus Watch diumumkan dengan penawaran spesifikasi dan rekaan yang menarik untuk seutas jam tangan pintar.

OnePlus Watch hadir dengan skrin OLED 1.39 inci dengan resolusi 326ppi, badan berbentuk bulat tahan karat, saiz 46mm dan dua butang di sisi untuk kawalan sentuhan. Ia dillengkapi lebih 110 mod sukan termasuklah berenang dan berlari. Sebagai tambahan, OnePlus Watch menyokong rating tahan air dan debu 5ATM + IP68, WiFi, Bluetooth dan GPS.

Seperti fungsi yang ada pada jam tangan pintar lain. OnePlus Watch turut dilengkapi ciri notifikasi, kawalan muzik dan menjawab panggila di peranti anda. Menurut OnePlus, jangka hayat bateri (pengecasan penuh) boleh bertahan sehingga 2 minggu. Pengecasan 20 minit memberi jangka hayat bateri selama seminggu.

Antara ciri kesihatan dan sensor yang tersedia pula adalah seperti sensor oksigen dalam darah, penjejak degup jantung optikal, sensor pemecutan, sensor giroskop, sensor geomagnetik dan sensor tekanan udara.

OnePlus Watch bakal dijual dalam pilihan warna kelabu dan hitam pada harga $159 (~RM657) di pasaran luar negara, namun kami masih belum mendapat maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Selain varian standard, terdapat juga varian Edisi Khas Cobalt yang bakal hadir tahun ini. Adakah anda berminat? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version