Site icon TechNave BM

OnePlusAce 3 Pro bakal dilancarkan pada 27 Jun ini

OnePlus secara rasmi mengumumkan bahawa ia akan mengadakan acara pelancaran produk baharu pada 27 Jun ini. OnePlus Ace 3 Pro yang dinanti-nantikan akan dikeluarkan secara rasmi dan pelbagai produk baharu lain seperti tablet, jam tangan pintar dan fon kepala juga akan dilancarkan.

OnePlus Ace 3 Pro bakal dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 8 Gen 3 dan menawarkan gabungan storan sehingga 24GB + 1TB. Salah satu sorotan telefon baharu ini ialah bateri Glacier 6,100mAh pertama yang mempunyai ketumpatan tenaga 763Wh/L iaitu 23.1% lebih tinggi daripada bateri grafit standard.

Ujian ketahanan DOU melebihi 2 hari. Selain itu, OnePlus Ace 3 Pro menyokong pengecasan kilat super 100W yang mengambil masa 36 minit untuk mengecas dari 1% hingga 100%. Daripada segi paparan, OnePlus Ace 3 Pro dijangka menggunakan skrin melengkung 1.5K 8T LTPO bersaiz 6.78 inci. Kamera utama pula bangkal dilengkapi sensor 50MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version