Site icon TechNave BM

ONEXOX secara rasmi lancarkan X-Bike dan X-Truck, penghantaran sim terus kepada pelanggan

XOX dan ONEXOX secara rasmi melancarkan X-Bike dan X-Truck iaitu tambahan terbaharu kepada perkhidmatan pelanggan bagi ketersambungan dan telekomunikasi lebih inklusif yang digerakkan di seluruh negara kepada pelbagai segmen pelanggan.

X-Bike ialah perkhidmatan pertama seumpamanya di Malaysia untuk syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan penghantaran sehingga di hadapan pintu rumah pelanggan. Dengan menggunakan X-Bike, pengedar XOX yang ditugaskan akan menghantar permintaan pesanan pelanggan ke lokasi yang ditetapkan.

Sementara itu, X-Truck ialah peruncitan bergerak di pasaran yang akan banyak digunakan untuk jerayawara dan berfungsi sebagai papan tanda jenama bergerak. Selain menerima permintaan yang dihantar di rumah atau lokasi pilihan, pelanggan juga boleh memilih untuk menemui mana-mana pengedar XOX pada jerayawara atau acara tertentu yang berdekatan dengan mereka.

Pada masa ini, sebanyak 50 unit X-Bike dan 5 unit X-Truck sedia untuk bergerak serta menyediakan perkhidmatan mereka meliputi semua negeri di Semenanjung Malaysia. Pelanggan boleh log masuk ke www.xox.com.my atau onexox.my untuk mencari perkhidmatan X-Bike terdekat bagi tujuan tempahan servis.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan perkhidmatan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version