Site icon TechNave BM

OpenAI bakal lancar cip AI pertama bersama Broadcom menjelang 2026

OpenAI dilaporkan bakal melancarkan cip kecerdasan buatan (AI) pertamanya pada tahun 2026 hasil kerjasama dengan syarikat semikonduktor Amerika Syarikat, Broadcom. Langkah ini menandakan peralihan penting OpenAI dalam usaha membangunkan infrastruktur teknologi sendiri bagi mengurangkan kebergantungan terhadap Nvidia.

Menurut laporan Financial Times, pengeluaran besar-besaran cip tersebut dijangka bermula pada 2026 dengan kegunaan terhad kepada operasi dalaman OpenAI sahaja. Sumber pasaran turut mendedahkan bahawa Broadcom telah menerima pesanan infrastruktur AI bernilai lebih daripada AS$10 bilion daripada pelanggan baharu yang dipercayai adalah OpenAI.

Kerjasama ini dilihat sebagai strategi jangka panjang OpenAI untuk menangani peningkatan kos dan permintaan penggunaan AI yang semakin mendadak. Laporan lain dari The Information menyatakan OpenAI dijangka berdepan perbelanjaan sehingga AS$115 bilion menjelang 2029 bagi melengkapkan pembangunan pusat data serta teknologi cip sendiri.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version