Site icon TechNave BM

OpenAI lancar ChatGPT Atlas, pelayar web generasi baharu dikuasakan AI

OpenAI kini melancarkan ChatGPT Atlas iaitu pelayar web berasaskan AI yang menggabungkan ChatGPT terus dalam pengalaman melayari web. Buat masa ini ia tersedia untuk macOS dengan sokongan Windows, iOS dan Android akan menyusul tidak lama lagi.

Pelayar ini boleh dimuat turun secara percuma dan menyokong semua pelan ChatGPT termasuk Free, Plus, Pro, Business dan Enterprise. Berbeza dengan pelayar biasa, Atlas menggantikan address bar dengan ruang perbualan yang membolehkan pengguna berinteraksi terus dengan AI di mana-mana laman tanpa menukar tab.

ChatGPT juga boleh meringkaskan artikel, menjawab pertanyaan dan membantu tugasan terus daripada kandungan laman melalui sidebar terbina dalam. OpenAI turut memperkenalkan Agent Mode untuk pengguna Plus dan Business yang membolehkan ChatGPT melakukan tugasan kompleks seperti membeli-belah dalam talian, membuat penyelidikan dan mengautomasikan kerja rutin.

Selain itu, Atlas menyokong fungsi memori dan mod privasi serta boleh mengimport data daripada Google Chrome seperti penanda buku dan kata laluan. Ketika ini, ChatGPT mencatat lebih 800 juta pengguna aktif mingguan di seluruh dunia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ChatGPT Atlas

Exit mobile version