Site icon TechNave BM

Opensignal Malaysia: Digi dan Maxis tunjukkan prestasi yang baik dalam Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih

Opensignal baru-baru ini telah menerbitkan sebuah Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih untuk Malaysia. Sehingga April 2022, tempoh pengumpulan data bermula pada 1 Disember 2021 hingga 28 Februari 2022. Menurut Opensignal, Digi telah menunjukkan prestasi yang baik kerana ia mempunyai Pengalaman Kelajuan Muat Turun yang terbaik.

Secara purata, kelajuan muat turun telko Digi ialah 17.6 Mbps diikuti oleh Maxis iaitu 16.3Mbps meninggalkan jauh U Mobile, Unifi, Yes dan Celcom. Selain itu, Digi telah mencapai tahap prestasi minimum yang disyorkan bagi Kualiti Konsisten Cemerlang dalam 62% ujian pengguna untuk video HD, panggilan persidangan video berkumpulan dan gaming.

Sebaliknya, Maxis telah memberikan pengalaman terbaik dalam penstriman video dan sesi gaming. Ini membolehkan syarikat itu menduduki tempat teratas dalam anugerah Pengalaman Video dan Pengalaman Gaming serta mempunyai kelajuan muat naik terpantas di Malaysia dengan skor 7.3 Mbps iaitu 3.6% (0.3 Mbps) lebih tinggi daripada U Mobile di tempat kedua.

Selain itu, terdapat juga kategori lain dalam pemeriksaan tahap kecekapan sambungan rangkaian seperti di bawah:

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version