Site icon TechNave BM

Opensignal: Penggabungan dengan Celcom meningkatkan prestasi rangkaian 4G Digi

Opensignal selalunya akan menghasilkan laporan yang melibatkan semua syarikat telekomunikasi di Malaysia. Tetapi hari ini, laporannya hanya melibatkan rangkaian 4G Digi terutamanya mengenai prestasi internet mudah alih selepas bergabung dengan Celcom .

Secara ringkas, laporan Opensignal mengatakan bahawa markah Digi untuk Kelajuan Muat Turun 4G dan Pengalaman Video 4G telah bertambah baik pada jalur 900MHz. Ini termasuk peningkatan sebanyak 6.1Mbps (54%) sejak laporan yang dikeluarkan sebelum ini serta peningkatan purata kelajuan muat turun 4G keseluruhan sebanyak 9.8Mbps (42.8%) sehingga melebihi 30Mbps.

Daripada segi Pengalaman Digi Video 4G, Opensignal menyatakan bahawa skor meningkat sebanyak lima mata mencapai 46.6 mata pada skala 100 mata dan agak hampir dengan kategori Adil (48-58). Penambahan 4.8 mata membawa markah Digi dengan ke dalam kategori Baik (58-68). 

Ini bermakna, pengguna Digi secara purata dapat menstrim video pada 720p atau lebih baik dengan masa pemuatan yang memuaskan. Opensignal menjangkakan CelcomDigi akan menggunakan lebih banyak aset gabungan mereka tetapi ia akan mengambil masa yang lama. 

Opensignal berpendapat jika CelcomDigi dapat menggabungkan kekuatan antara satu sama lain, mereka boleh berkembang maju dalam pasaran Malaysia yang kompetitif. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Opensignal

Exit mobile version