Site icon TechNave BM

Opensignal: Prestasi Celcom meningkat, pilihan terbaik dalam keseluruhan sambungan

Baru-baru ini, Opensignal mengeluarkan dua laporan baharu tentang pengalaman rangkaian mudah alih setiap negara di peringkat global. Celcom telah menarik perhatian Opensignal setakat ini sebagai salah satu syarikat telekomunikasi yang paling baik untuk tahun ke tahun.

Celcom meningkat paling banyak dalam pengalaman gaming, aplikasi suara, muat turun dan muat naik. Laporan muat turun menunjukkan ia meningkat sebanyak 95.6% iaitu peningkatan peratusan kedua tertinggi yang diperhatikan di seluruh dunia dan yang terbesar dilihat di Asia Tenggara.

Maxis pula mendapat Global High Performer for Time on 4G/5G dan Global Rising Star untuk pengalaman kelajuan muat turun. Opensignal melaporkan bahawa rangkaian Maxis meningkat sebanyak 61% dalam tempoh setahun manakala bagi U Mobile meningkat sebanyak 9.5% untuk mencapai 98% sebagai Global High Performer dan Global Rising Star for Time pada 4G/5G.

Unifi juga mendapat Global Rising Star untuk pengalaman kelajuan muat naik dengan rangkaiannya meningkat sebanyak 26.4% antara suku kedua 2021 dan suku kedua 2022. Seterusnya, pengguna Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak 26% dalam pengalaman video langsung.

Malaysia menduduki tempat kelima di peringkat global daripada segi peningkatan pengalaman video langsung 4G hingga 5G. Indonesia mendapat tempat pertama (32.7%) diikuti oleh Filipina (28.1%), Peru (27.1%) dan Afrika Selatan (26.3%). Malaysia merupakan salah satu daripada 10 pasaran teratas yang menfokuskan kepada perkembangan penyedia penstriman video langsung.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Opensignal 1|2

Exit mobile version