Site icon TechNave BM

Opensignal: Samsung miliki kelajuan muat turun 5G terpantas, iPhone tiada dalam senarai

Opensignal ialah syarikat analisis teknologi yang sering menganalisis kelajuan rangkaian dan telekomunikasi di seluruh dunia. Terkini, Opensignal mengeluarkan sebuah laporan mengenai kelajuan 5G dalam kalangan telefon pintar di Amerika Syarikat (AS).

Walaupun laporan ini menguji kelajuan muat turun 5G di AS, namun ia masih boleh dijadikan rujukan sedikit sebanyak untuk pengguna di seluruh dunia memandangkan ia menguji berdasarkan kemampuan telefon pintar, bukan syarikat telekomunikasi di AS. Menurut laporan, Samsung mendominasi 60% daripada 25 model telefon dengan kelajuan muat turun 5G terpantas di AS.

25 peranti tersenarai dalam senarai teratas peranti dengan kelajuan muat turun 5G teratas terdiri daripada peranti Samsung, OnePlus, Google Pixel, LG dan TCL. Samsung Galaxy S21 5G dilihat memiliki tahap kelajuan muat turun 5G terpantas.

Walaupun iPhone tidak tersenarai dalam 25 peranti teratas, namun pengguna iPhone dengan rangkaian 5G melaporkan peningkatan kelajuan muat turun 5G di AS. Tambah sumber, model iPhone terbaru dilihat hadir dengan kelajuan muat turun yang lebih pantas, tetapi iPhone SE (2020) terkecuali kerana ia adalah peranti 4G, manakala siri iPhone 12 adalah siri pertama dengan sokongan 5G.

Apakah pendapat anda tentang senarai 25 peranti teratas dengan kelajuan muat turun 5G terpantas di AS ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Opensignal

Exit mobile version