Site icon TechNave BM

Opensignal: Semua syarikat telko Malaysia tunjukkan saingan sengit dalam menawarkan perkhidmatan terbaik

Dalam pada sektor ekonomi secara perlahan-lahan dibuka, Opensignal baru-baru ini telah menunjukkan laporannya terhadap pengalaman rangkaian mudah alih pengguna di Malaysia. Laporan terakhir yang dikeluarkan adalah pada bulan April 2021 sebelum lockdown.

Data daripada laporan tersebut dikumpulkan adalah antara 1 Jun hingga 29 Ogos 2021 berdasarkan Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Unifi. Opensignal telah menyediakan beberapa kategori daripada pengalaman kelajuan muat turun sehingga liputan 4G.

Terdapat beberapa penemuan info menarik daripada laporan tersebut seperti Maxis secara sedikit demi sedikit berjaya mendapatkan tempat untuk pengalaman video. Sebenarnya, semua skor telko hampir sama kecuali Celcom yang sama sekali tidak memberikan saingan.

Selain pengalaman video, setiap telko sekurang-kurangnya pernah menjadi pemenang dalam setiap kategori yang telah ditetapkan. Berikut adalah keputusannya:

Seperkara lagi yang menarik tentang laporan ini ialah bagaimana prestasi syarikat telekomunikasi bagi setiap negeri termasuk telko YES Mobile. Oleh kerana semua telekomunikasi menunjukkan prestasi yang berbeza, Digi sangat mendominasi di Kuala Lumpur dan Selangor.

Walau bagaimanapun, syarikat itu adalah pemenang bersama dengan Celcom dalam kategori pengalaman video di kedua-dua negeri manakala U Mobile mempunyai ketersediaan 4G terbaik.

Kongsikan pendapat anda bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEn

Exit mobile version