Site icon TechNave BM

OPPO A1 Pro dilancar: SD 695, skrin hiperboloid OLED 6.7″ 120Hz dan kamera 108MP bermula ~RM1,150

OPPO secara rasmi melancarkan telefon pintar OPPO A1 Pro dan dalam masa yang sama mengumumkan bahawa jualan global terkumpul bagi siri A melebihi 550 juta unit. OPPO pertama kali mendedahkan bahawa siri A akan dibahagikan kepada tiga versi iaitu A Pro, A dan Ax pada masa hadapan.

A dan Ax akan menumpukan pada kelancaran dan hayat bateri manakala A Pro akan membuat lebih banyak percubaan dalam teknologi pengimejan dan teknologi terkini. OPPO A1 Pro dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 695, skrin hiperboloid OLED bersaiz 6.7 inci dengan resolusi 2412×1080 dan kadar penyegaran 120Hz.

Baterinya berkapasiti 4,800mAh dan sokong pengecasan pantas 67W. Telefon ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Zhaoyu Blue, Morning Gold dan Moon Night Black. Ia dilengkapi dengan dua kamera pada bahagian belakang dengan kamera utama 108MP dan kamera kedua 2MP. Bahagian hadapan pula mempunyai kamera swafoto 16MP.

Peranti ini juga mempunyai pengimbas cap jari di bawah skrin optik, NFC, pembesar suara dwi stereo dan menyokong pengembangan kad memori sehingga 1TB. Varian 8GB+128GB berharga 1799 yuan (~RM1,150), varian 8GB+256GB berharga 1999 yuan (~RM1,275) dan varian 12GB+256GB berharga 2299 yuan (~RM1,466).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: ITHome

Exit mobile version