Site icon TechNave BM

OPPO A15 dilancar: Helio P35, 3 kamera AI, skrin 6.52 inci berharga ~RM622

Selain telefon pintar kelas pertengahan dan flagship, telefon pintar kelas permulaan juga tidak kurang pengeluarannya di arena teknologi. Terkini, OPPO melancarkan sebuah telefon kelas permulaan OPPO A15 di pasaran India.

OPPO A15 hadir dengan spesifikasi yang mencukupi dan selaras dengan penawaran harga mesra poketnya. Walaupun ianya adalah telefon kelas permulaan, namun ia masih hadir dengan elemen rekaan yang terkini termasuklah rekaan bertakuk kecil. Anda boleh menyemak spesifikasinya seperti di bawah:

Setakat ini, OPPO A15 hanya boleh didapati di pasaran India sahaja (akan dijual di Amazon India) dengan harga 10,999 Rupi (~RM622) bersama pilihan warna Dynamic Black dan Mystic Blue.

Kami tidak mendapat maklumat sama ada peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia atau tidak. Adakah anda berminat dengan OPPO A15? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version