Site icon TechNave BM

OPPO A15s dilancar: MTK Helio P35, tiga kamera dan bateri 4,230mAh berharga ~RM632

OPPO telah melancarkan telefon kelas permulaan OPPO A15s di India, iaitu varian A15 yang lebih canggih sedikit. Daripada segi spesifikasi dalaman, telefon tersebut dilengkapi cipset MediaTek Helio P35, bateri 4,230mAh, RAM 4GB dan storan 64GB yang boleh dibesarkan sehingga 256GB menggunakan microSD.

Di depan, ia mempunyai skrin HD+ berukuran 6.52 inci dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 89%. Daripada segi kamera pula, ia mempunyai kamera utama 13MP f/2.2, kamera makro 2MP f/2.4 dan sensor kedalaman 2MP, manakala untuk kamera swafoto pula ialah kamera 5MP yang terdapat dalam sebuah takuk (notch) berbentuk titisan air di atas skrin.

Ia terdapat dalam tiga pilihan warna iaitu hitam Dynamic Black, putih Fancy White dan perak Rainbow Silver. OPPO A15s dijual di India pada harga ₹11,490 (~RM632) namun setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version