Site icon TechNave BM

OPPO A16 dilancar di Malaysia: Skrin 6.52 inci, bateri 5,000mAh, 3 kamera berharga RM529

OPPO Malaysia telah melancarkan telefon kelas permulaan terbaru iaitu OPPO A16 yang menampilkan rekaan menarik dan dijual pada harga bermula RM529. Permukaan belakang telefon ini dibuat dengan bahan AG frost matte premium yang tidak meninggalkan kesan cap jari padanya.

Spesifikasi menarik pada telefon ini termasuklah bateri besar 5,000mAh, skrin HD+ berukuran 6.52 inci dengan resolusi 1600×720 dan gabungan tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 13MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OPPO A16:

OPPO A16 boleh mula dibeli dalam pasaran Malaysia bermula 19 Ogos 2021 di OPPO Online Store atau laman Shopee OPPO Malaysia dengan harga runcit RM549.

Istimewa buat para pelanggan awal, OPPO Malaysia akan menjual telefon ini dengan harga yang lebih murah iaitu RM529 jika ia dibeli di Shopee pada 19 hingga 26 Ogos sahaja. Para pelanggan awal ini juga akan menerima kad microSD Strontium 32GB dan baucar buku gambar (photobook) 8″x8″ bernilai RM119.

20 orang pelanggan OPPO A16 terawal yang akan menulis ulasan tentangnya juga akan menerima baucar GrabFood bernilai RM5. Selain itu, OPPO Malaysia akan menganjurkan sebuah siaran langsung di Shopee pada 20 Ogos, di mana 50 baucar bernilai RM20 akan dimenangi oleh penonton bertuah.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO A16 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version