Pada hari ini, OPPO Malaysia memperkenalkan sebuah telefon pintar kelas permulaan terbaru iaitu OPPO A17k. Telefon ini dijual pada harga yang sangat mampu milik iaitu RM499 dan dilengkapi spesifikasi lengkap untuk kegunaan harian asas.
Telefon ini dilengkapi bateri besar berkapasiti 5,000mAh yang boleh menghidupkan skrin telefon sehingga 20 jam dalam mod standard. Telefon ini juga boleh mengaktifkan Super Power Saving Mode jika anda ingin memanjangkan hayat bateri lagi selepas ia cuma tinggal 10% sahaja.
Ia mempunyai RAM 3GB yang boleh dibesarkan secara maya dengan fungsi RAM Expansion sebanyak 4GB lagi, menjadikan RAM keseluruhan boleh jadi sehingga 7GB.
Selain itu, telefon ini juga mempunyai rating kalis air IPX4 untuk melindunginya daripada sebarang percikan air. Reka bentuknya mempunyai berat 189 gram dan ketebalan 8.29mm.
Untuk fotografi pula, ia mempunyai kamera utama 8MP dan kamera swafoto 5MP. Antara fungsi kamera yang ditawarkan adalah zum digital 5x, 360° Fill Light, Portrait Retouching , HDR dan banyak lagi.
Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OPPO A17k:
- Skrin LCD 6.56 inci, resolusi 1612×720, kecerahan 600 nits
- Cipset MediaTek Helio G35
- RAM 3GB, boleh dibesarkan secara maya sebanyak 4GB lagi
- Storan dalaman 64GB, boleh dibesarkan dengan kad memori microSD
- Kamera utama 8MP
- Kamera swafoto 5MP
- Bateri 5,000mAh
- Pengimbas cap jari sisi
- Port microUSB, bicu audio 3.5mm
- Rating kalis air IPX4
- Sistem operasi ColorOS 12.1 berdasarkan Android 12
- Warna emas Gold atau biru Navy Blue
- Harga: RM499
Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai OPPO A17k. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

