Site icon TechNave BM

OPPO A18 dilancar di Malaysia: Helio G85, RAM 8GB dan ROM 128GB berharga RM499

OPPO Malaysia telah melancarkan OPPO A18, telefon pintar siri A yang dikuasakan oleh MediaTek Helio G85 untuk prestasi lancar dan hayat bateri yang dilanjutkan.

Peranti ini menampilkan paparan HD+ 90Hz, gamut warna DCI-P3 96% untuk pengalaman pengguna yang berkualiti. Ia mempunyai reka bentuk anggun dengan kemasan matte warna Glowing Blue dan Glowing Black. OPPO A18 menangani kebimbangan hayat bateri dengan bateri 5,000mAh di mana pada kuasa 20%, anda masih boleh menggunakannya sehingga 12 jam.

Ia dikuasakan oleh MediaTek Helio G85, RAM 4GB dengan pengembangan RAM tambahan sehingga 4GB dan ROM 128GB. Mod kelantangan ultra pada peranti pula menguatkan audio pembesar suara sebanyak 300%. Selain ketahanan, ia direka dengan penarafan kalis habuk dan kalis air IP54 dan telah lulus dalam berbilang ujian kualiti.

Daripada segi kamera, ia membawa kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 8MP dan kamera bokeh 2MP manakala kamera swafotonya pada 5MP. OPPO A18 boleh didapati pada harga RM499 di kedai fizikal OPPO dan dalam talian.

Berikut adalah spesifikasi ringkas yang ada pada OPPO A18:

Ketahui lebih lanjut mengenai peranti ini di laman web rasmi OPPO Malaysia. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version