Site icon TechNave BM

OPPO A3 dilancar di Malaysia: SD 6s Gen1, kamera 50MP dan pengecasan pantas 45W bermula RM699

OPPO Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar dalam siri A terbaharu dengan OPPO A3. Peranti ini menekankan kepada aspek ketahanan dan fungsi yang menyeluruh dalam julat harga yang mesra poket. OPPO A3 dibina dengan kaca terbaja dua lapisan, rintangan hentaman gred tentera MIL-STD 810H dan pensijilan SGS.

Selain itu, ia juga hadir dengan penarafan kalis air dan habuk IP54 serta fungsi Splash Touch untuk memastikan peranti masih boleh digunakan walaupun dalam keadaan basah. Ukuran ketebalan peranti ialah 7.68mm dan berat 186g. OPPO A3 tersedia dalam dua warna iaitu Starlight White dan Sparkling Black.

Baterinya berkapasiti 5,100mAh dan menyokong pengecasan pantas SUPERVOOC 45W yang boleh mengecas sehingga 50% dalam masa 30 minit. Menariknya, kapasiti bateri boleh menurun kepada 80% selepas 1,600 kitaran pengecasan menjadikannya tahan lama. Kamera utama menggunakan sensor 50MP manakala kamera swafoto menggunakan sensor 5MP.

Daripada segi prestasi, OPPO A3 dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 6s 4G Gen1, RAM 8GB + (RAM maya 8GB) dan storan 128GB/256GB serta menampilkan sistem operasi ColorOS 14. Untuk paparan, ia menggunakan skrin LCD 90Hz 6.67 inci dengan kecerahan maksimum 1,000 nits dan menyokong mod super kelantangan (maksimum 300%).

Spesifikasi lengkap OPPO A3:

OPPO A3 berharga RM699 untuk varian 8/128GB dan RM799 untuk varian 8/256GB (tersedia kemudian). Kepada yang berminat, anda boleh membelinya di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version