Site icon TechNave BM

OPPO A31 dikeluarkan di Malaysia – Tiga kamera AI, ROM 128GB dan paparan ‘waterdrop’, harga serendah RM699

Dalam penantian kemunculan flagship OPPO tahun ini, Find X2, OPPO tidak mengabaikan keluaran peranti kelas pertengahan atau kelas permulaan mereka. Terkini, OPPO menambah keluarga baru dalam siri A mereka, OPPO A31 pada hari ini, 6 Mac dengan harga serendah RM699 sahaja!

OPPO A31 dioperasikan dengan cipset MediaTek P35 dengan RAM 4GB dan ROM 128GB. Walaupun tanpa pengecasan pantas, bateri berkapasiti 4,230 mAh sudah cukup untuk keperluan harian anda.

Berkenaan kamera, OPPO A31 hadir dengan tetapan tiga kamera AI (12MP + 2MP sensor kedalaman + 2MP lensa makro). Paparan waterdrop HD berukuran 6.5 inci (nisbah skrin-ke-badan 89% dan resolusi 1600 x 720) dengan takuk pula dihuni kamera selfie 8MP.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi OPPO dan laman Facebook OPPO. Adakah anda berminat dengan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version