Site icon TechNave BM

OPPO A31 dilancarkan dengan bateri berkapasiti 4230mAh, MediaTek Helio P35 dan storan 128GB

Kami tahu anda mungkin sedang menantikan pelancaran peranti flagship OPPO, Find X2. Namun, pasaran telefon pintar Indonesia telah menerima pelancaran OPPO A31, peranti kelas pertengahan OPPO.

OPPO A31 yang muncul dengan pilihan warna Mystery Black dan Fantasy White dilancarkan di Indonesia dengan harga IDR 2,599,000 (lebih kurang RM784.85). Bersesuaian dengan harganya, OPPO A31 dihuni cipset MediaTek Helio P35 yang cukup untuk memuaskan hati pengguna peranti kelas pertengahan. Peranti ini hadir dengan paparan HD+ 6.5 inci bersama takuk titisan air (waterdrop).

Mengenai kamera, OPPO A31 muncul dengan tetapan tiga kamera (12MP + 2MP (potret) + 2MP (makro) dan kamera selfie 8MP. Peranti kelas pertengahan ini juga agak memuaskan dengan kehadiran bateri berkapasiri 4230mAh, bicu audio 3.5mm, RAM 4GB dan storan sehingga 128GB!

Apa pun, kami masih tidak mempunyai maklumat rasmi berkenaan keberadaanya di Malaysia. Adakah anda berminat dengan OPPO A31? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version