Site icon TechNave BM

OPPO A53 dengan Snapdragon 460, skrin 90Hz, 5000mAh dilancarkan berharga ~RM729

Sebenarnya, OPPO A53 telah dilancarkan di pasaran Indonesia pada minggu lepas. Kini ia dilancarkan di pasaran India dengan spesifikasi yang sama seperti di pasaran Indonesia. Peranti ini hadir dengan kapasiti bateri yang agak besar dan kadar segar skrin yang agak tinggi.

OPPO A53 ini hadir dengan Snapdragon 460, bersama varian RAM sehingga 6GB dan varian storan sehingga 128GB. Anda boleh melihat spesifikasi asas seperti di bawah atau spesifikasi lanjut di pautan ini.

Varian 4GB+64GB dijual dengan harga 12,990 Rupi (~RM729), manakala varian 6GB+128GB dijual dengan harga 15,490 Rupi (~RM869) di pasaran India. Ia hadir dnegan pilihan warna Electric Black dan fancy Blue.

Apa pun, setakat ini kami masih ketiadaan maklumat berkenaan kehadirannya di pasaran Malaysia. Adakah anda berminat dengan OPPO A53? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai gajet OPPO di pautan ini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version