Site icon TechNave BM

OPPO A55 5G dilancar: Dimensity 700, bateri 5,000mAh, skrin 6.5 inci bermula ~RM999

OPPO telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu OPPO A55 5G. Daripada segi spesifikasi dalaman, telefon tersebut dilengkapi cipset Dimensity 700 yang menyokong penggunaan 5G, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB.

Daya penarik telefon ini pastinya adalah baterinya yang besar dengan kapasiti 5,000mAh namun pengecasannya agak biasa dengan kadar 10W. Telefon itu mempunyai skrin LCD berukuran 6.5 inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 60Hz, di mana bahagian atasnya terdapat takuk berbentuk titisan air yang menempatkan kamera 8MP.

Untuk kamera pula, ia mempunyai tiga kamera di belakang yang terdiri daripada kamera utama 13MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Ia boleh merakam video 1080p pada 30fps dan video gerak perlahan pada 720p. Seperti kebanyakan telefon kelas pertengahan, ia mempunyai bicu audio 3.5mm dan pengimbas cap jari di bahagian sisi.

Ia akan dijual di China pada harga bermula CNY1,599 (~RM999) dan setakat ini tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: OPPO China

Exit mobile version