Site icon TechNave BM

OPPO A55s 5G dilancar: Miliki Snapdragon 480 dan bateri 4,000mAh berharga ~RM1,200

OPPO memperkenalkan siri A baharunya di Jepun pada hari ini iaitu OPPO A55s 5G. Jika dilihat semula, reka bentuk peranti ini agak serupa dengan OPPO A55. Ia hadir dengan FHD+ LCD 6.5-inci dengan resolusi 90Hz dan potongan lubang tebuk (punch-hole) di kamera swafoto 8MP.

Terdapat dwi-kamera dengan kamera utama 13MP dan sensor kedalaman 2MP, menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 480 dan memiliki RAM 4GB serta storan 64GB yang boleh dikembangkan melalui slot microSD. Selain itu, ia menggunakan bateri 4,000 mAh dan perisian ColorOS 11 berdasarkan Android 11.

OPPO A55s 5G memiliki dua varian warna iaitu hitam dan hijau dengan harga JPY 32,800 (~RM1,200). Pengguna sudah boleh membuat tempahan daripada rakan kongsi peruncit Oppo di seluruh Jepun mulai 26 November. Kami masih menunggu kehadiran dan harga pasaran OPPO A55s 5G  di Malaysia.

Buat masa ini, komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version