Site icon TechNave BM

OPPO A57 5G dilancar: Dimensity 810, skrin 6.56″ 90Hz dan bateri 5,000mAh bermula ~RM995

OPPO, hari ini telah membawa sebuah lagi peranti segmen pertengahan baharu iaitu OPPO A57 5G yang dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 810, skrin 90Hz dan bateri 5,000mAh. OPPO A57 5G memaparkan panel LCD IPS 6.56 inci yang menyokong resolusi FHD+, kadar penyegaran 90Hz, ketumpatan piksel 269ppi dan gamut warna DCI-P3 100 peratus.

Ia dilengkapi cipset Dimensity 810, RAM 8GB dan 128GB storan UFS 2.2. Baterinya berkapasiti 5,000mAh disertakan dengan pengecasan 10W. Tambahan, ia mempunyai persediaan dwi-kamera di bahagian belakang yang terdiri daripada kamera utama 13MP dan kamera potret 2MP.

Sementara itu, bahagian hadapan menggunakan sensor 8MP untuk kamera swafoto. Spesifikasi teknologi lain OPPO A57 5G ialah pengimbas cap jari pada bahagian sisi, sokongan dwi SIM, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.0, GPS, port USB-C, bicu audio 3.5mm dan ColorOS 12.1 berdasarkan Android 12 .

Varian 8/128GB boleh didapati pada harga 1,499 Yuan (~RM995) manakala harga varian 6/128GB masih belum disahkan. Ia juga mempunyai tiga pilihan warna iaitu Quiet Night, Lilac, and Dark Blue.

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version