Site icon TechNave BM

OPPO A57 dilancar di Malaysia: Helio G35, skrin 6.56″ dan pengecasan 33W berharga RM699

OPPO Malaysia hari ini telah melancarkan OPPO A57 serba baharu yang menggunakan reka bentuk OPPO Glow. Ia dilengkapi dengan MediaTek Helio G35, menyokong pengembangan RAM maya tambahan 4GB, bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W dan pembesar suara stereo super linear.

OPPO A57 menggunakan reka bentuk OPPO Glow serta tersedia dalam dua warna iaitu Glowing Green dan Glowing Black. Bahagian hadapan telefon menggunakan skrin takuk titisan air (waterdrop) LCD 6.56 inci dengan resolusi 720p+, kadar penyegaran 60Hz dan nisbah skrin ke badan 89.8%.

Daripada segi konfigurasi, OPPO A57 dilengkapi dengan pemproses MediaTek Helio G35, ruang storan 4GB + 64GB terbina dalam, menyokong pengembangan RAM sehingga 4GB dan pengembangan storan sehingga 1TB.

Spesifikasi OPPO A57

  • Cipset MediaTek Helio G35
  • Skrin takuk titisan air (waterdrop) LCD 6.56 inci
  • RAM 4GB + pengembangan RAM maya 4GB, storan dalaman 64 GB dan pengembangan storan sehingga 1TB
  • Kamera utama 13MP + 2MP dan kamera swafoto 8MP
  • Bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W
  • ColorOS 12.1
  • Pengimbas cap jari pada bahagian sisi, bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo super linear
  • Warna: Glowing Green dan Glowing Black
  • Harga: RM699

OPPO A57 berharga RM699 dan adakah anda berminat dengan telefon pintar ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version