Site icon TechNave BM

OPPO A57 Glowing Gold dilancar di Malaysia: Storan 128GB pada harga RM799

OPPO Malaysia baru sahaja mengumumkan varian warna baharu OPPO A57 iaitu Glowing Gold. Ia akan dilancarkan secara eksklusif di semua kedai jenama OPPO pada harga RM799.

Jika dilihat balik, OPPO A57 dilancarkan pada bulan Jun 2022 sambil mebawa bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas SUPERVOOC 33W. Ia turut menampilkan paparan kaya-warna 6.56 inci dan sepasang pembesar suara stereo ultra-linear.

Sekiranya anda tertanya-tanya mengapa ia lebih RM100 daripada yang asal, ini disebabkan oleh storannya yang dinaik taraf kepada 128GB daripada 64GB. RAM masih 4GB serta RAM maya yang dilanjutkan sehingga 4GB. Sebagai peranti bajet, ia hanya menggunakan cipset MediaTek Helio G35.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version