Site icon TechNave BM

OPPO A58 dilancar di Malaysia: Kamera AI 50MP dan SUPERCOOV FlashCharge 33W berharga RM699

Hari ini, OPPO Malaysia telah mengumumkan pelancaran telefon pintar bajet terbaharu iaitu OPPO A58. Ia boleh didapati dalam warna Dazzling Green dan Glowing Black dan hanya akan dijual pada harga RM699. Ia mempunyai cipset MediaTek Helio G85, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. 

Terdapat juga Paparan Cahaya Matahari (Sunlight Display) 6.72 inci dalam resolusi FHD+, bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan SUPERCOOV FlashCharge 33W dan pengguna boleh menggunakan teknologi Pengembangan RAM sehingga 6GB menjadikan jumlah RAM 12GB. 

Seterusnya, OPPO A58 dilengkapi dengan kamera utama AI 50MP bersama kamera potret 2MP manakala kamera swafoto 8MP. Beroperasi menggunakan ColorOS 13.1, OPPO A58 juga mempunyai penarafan kalis air IPX4 yang jarang terdapat pada telefon segmen bajet. 

Peranti ini juga lulus enam ujian utama yang direka untuk mengukur ketahanan terhadap titisan fizikal, air, sinaran, kerosakan iklim, titisan kecil berulang dan kestabilan isyarat. OPPO A58 mempunyai pembesar suara dwi stereo dengan mod kelantangan ultra. 

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya di mana-mana kedai rasmi OPPO, pengedar sah dan rakan kongsi kedai rangkaian serta kedai rasmi dalam talian. Untuk butiran lanjut, anda boleh lawati laman rasmi OPPO di sini

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version