Site icon TechNave BM

OPPO A5i dilancar di Malaysia: Bateri 5,100mAh, cas pantas 45W bermula RM399

OPPO Malaysia telah melancarkan telefon bajet terbaru untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A5i yang dijual pada harga serendah RM399 sahaja.

Telefon ini dilengkapi skrin LCD berukuran 6.67 inci dengan resolusi HD+, kadar segar semula 90Hz dan kecerahan puncak 1,000 nits. Skrin ini turut menempatkan kamera swafoto 5MP di bahagian atas, dalam sebuah lubang punch-hole.

Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 6s 5G Gen 1, RAM 4GB atau 6GB, storan dalaman 128GB, bateri 5,100mAh dan pengecasan pantas 45W SUPERVOOC.

Ciri-ciri lain yang ditawarkan termasuklah dwi-kad SIM, Bluetooth 5.0, sistem operasi ColorOS 14, rating kalis air IP54 dan pengimbas cap jari di bahagian sisi. Ia turut menawarkan bicu audio 3.5mm untuk penggunaan fon telinga berwayar.

OPPO A5i akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM399 untuk varian memori 4GB+128GB dan RM699 untuk 6GB+128GB. Anda boleh layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenainya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version