Site icon TechNave BM

OPPO A5x 5G dilancar dengan Dimensity 6300, skrin 120Hz dan bateri 6,000mAh berharga ~RM695

OPPO baru-baru ini melancarkan model terbaharu dengan OPPO A5x 5G di India sebagai pengganti kepada A3x 5G yang dilancarkan tahun lalu. OPPO A5x 5G dilengkapi dengan skrin LCD HD+ bersaiz 6.67 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan tahap kecerahan maksimum sehingga 1,000 nits.

Menariknya, peranti ini mempunyai sijil ketenteraan MIL-STD-810H, penarafan IP65 dan rekaan badan telefon turut diperkukuh dengan teknologi 360° Armour Body serta kaca diperkuat yang 160% lebih tahan hentakan berbanding model sebelumnya. Rangka telefon juga menggunakan aloi berkekuatan tinggi untuk sokongan struktur yang lebih baik.

Telefon ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6300 dengan GPU ARM Mali-G57 MC2, RAM LPDDR4X 4GB dan fungsi penambahan RAM maya sehingga 4GB. Storan dalaman adalah 128GB jenis UFS 2.2 dan boleh diperluaskan sehingga 1TB menggunakan kad microSD. Kamera belakang OPPO A5x 5G beresolusi 32MP dengan bukaan f/1.85 serta dilengkapi lampu LED flash.

Kamera hadapan menampilkan resolusi 5MP dengan bukaan f/2.2. Sistem operasi yang digunakan adalah Android 15 dengan antaramuka ColorOS 15. Sensor cap jari pula diletakkan di sisi telefon untuk kemudahan penggunaan. Telefon ini turut menampilkan bateri berkapasiti besar 6000mAh yang disokong pengecas pantas 45W SuperVOOC.

Ketahanan bateri juga dianggarkan dapat mengekalkan lebih 80% kapasiti selepas 1,700 kitaran pengecasan. Antara ciri tambahan lain termasuk sokongan dwi-SIM, rangkaian 5G SA/NSA, Dual 4G VoLTE, Wi-Fi dual-band, Bluetooth 5.1, GPS, GLONASS dan port USB-C. OPPO A5x 5G ditawarkan pada harga ₹13,999 (~RM695).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: OPPO

Exit mobile version