Site icon TechNave BM

OPPO A6x dilancar di Malaysia: Snapdragon 685, bateri 6,500mAh, skrin 120Hz bermula RM399

OPPO Malaysia baru-baru ini melancarkan siri telefon pintar mampu milik yang terbaru iaitu OPPO A6x 5G dan OPPO A6x. Telefon ini dijual pada harga yang sangat murah dan masih dilengkapi pelbagai spesifikasi menarik untuk kegunaan harian.

Ia dilengkapi kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 6,500mAh, cukup untuk bertahan sehingga dua hari dengan sekali pengecasan penuh. Ia turut dilengkapi skrin 6.75 inci dengan kadar segar semula 120Hz yang bermaksud sebarang tatalan atau animasi pada skrin akan nampak lancar.

Ia menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 685 (OPPO A6x) dan MediaTek Dimensity 6300 (OPPO A6x 5G) yang boleh hasilkan prestasi lancar untuk pelbagai kegunaan asas. Sewaktu bermain game, ia mempunyai fungsi AI GameBoost 2.0 Assistant untuk meningkatkan pemprosesan cipset dan menghasilkan pengalaman gaming yang lebih lancar.

Untuk ketahanan luaran, ia mempunyai rating kalis air IP64, jadi anda tidak perlu risau jika ia terkena simbahan air.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri OPPO A6x:

OPPO A6x

OPPO A6x 5G

Anda boleh layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version