Site icon TechNave BM

OPPO A73 dilancar di Malaysia: Cas pantas 30W, skrin OLED FHD+, Snapdragon 662, 4 kamera berharga RM899

OPPO Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan yang baru iaitu OPPO A73. Dengan harga RM899, ia dilengkapi spesifikasi yang agak menarik seperti pengecasan pantas 30W VOOC, skrin OLED dan kamera dengan penstabilan imej elektronik. Selain itu, ia juga agak ringan dengan berat hanya 163g.

OPPO mengatakan pengecasan pantas 30W VOOC boleh mengecas penuh baterinya yang berkapasiti 4,015mAh sepantas 55 minit sahaja. Selain itu, permukaan belakang OPPO A73 mempunyai tekstur seperti kulit (leather) untuk menyerlahkan penampilan yang mewah.

Berikut merupakan spesifikasi penuh untuk OPPO A73:

Pra-tempahan untuk OPPO A73 akan dibuka pada 3-10 November di Shopee di mana setiap tempahan akan disertakan dengan hadiah percuma. 300 tempahan pertama akan menerima gelang tangan pintar Weeloop Neo Smartband bernilai RM389, manakala tempahan selanjutnya akan menerima fon telinga wayarles OPPO Enco W11 bernilai RM159.

OPPO juga akan menganjurkan promosi 11.11 di Shopee, di mana pelbagai produk OPPO akan ditawarkan pada harga promosi sehingga 11 November ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli OPPO A73 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version