Site icon TechNave BM

OPPO A74 4G dilancar di Malaysia: Snapdragon 662, AMOLED 6.43 inci, cas pantas 33W berharga RM899

Selepas melancarkan OPPO A74 5G pada bulan lalu, kini OPPO Malaysia akan melancarkan sebuah lagi varian iaitu OPPO A74 4G pada hari Khamis, 20 Mei. Selain sokongan untuk rangkaian, telefon ini mempunyai beberapa perbezaan yang ketara berbanding varian 5G, seperti skrin AMOLED FHD+ berukuran 6.43 inci yang dilengkapi dalam OPPO A74 4G.

Selain itu, ia turut dilengkapi pengecasan pantas 33W iaitu lebih pantas berbanding pengecasan 18W dalam OPPO A74 5G. OPPO mengatakan pengecasan 33W boleh mengecas penuh dalam masa 72 minit sahaja. Daripada segi bateri, ia adalah sama iaitu 5,000mAh dan OPPO mengatakan ia adalah telefon ternipis dengan kapasiti bateri tersebut, dengan ketebalan 7.95mm sahaja.

OPPO A74 4G juga dilengkapi cipset yang lebih canggih iaitu Snapdragon 662, berlainan dengan Snapdragon 480 dalam OPPO A74 5G. Daripada segi kamera, telefon ini mempunyai tiga kamera 48MP, kurang satu daripada empat kamera dalam OPPO A74 5G.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OPPO A74 4G:

Ia akan mula dijual pada 20 Mei di OPPO Lazada Flagship Store pada harga RM899. 200 orang pembeli terawal akan menerima hadiah bernilai RM179 iaitu fon telinga wayarles OPPO Enco W11 (bernilai RM159) dan baucar Lazada bernilai RM20. Terdapat juga kempen pembelian dengan pembelian (PWP) pada hari pelancaran di mana pelanggan OPPO A74 4G boleh membeli sebuah lagi OPPO A74 4G pada harga RM799 sahaja.

Pra-tempahan akan dibuka bermula hari ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version