Site icon TechNave BM

OPPO A74 5G akan dilancar di Malaysia pada minggu ini

Selepas melancarkan Reno5 F pada awal bulan ini, OPPO Malaysia akan melancarkan sebuah lagi telefon pintar kelas pertengahan iaitu OPPO A74 5G. Mereka tidak memaklumkan tarikh spesifik untuk pelancaran tersebut namun ia akan akan dilancar pada minggu ini secara dalam talian.

Spesifikasinya juga tidak dimaklumkan oleh OPPO Malaysia, namun kami menjangkakan ia tidak jauh beza dengan OPPO A74 5G yang telah dilancar di negara jiran pada awal bulan ini. Ini bermaksud ia akan dilengkapi cipset Snapdragon 480 5G, pengecasan pantas 18W, bateri 5,000mAh, skrin 6.43 inci 90Hz, RAM 6GB dan storan 128GB.

OPPO A74 5G yang dilancar di Thailand

Untuk kamera pula, ia dilengkapi kamera utama 48MP, kamera makro 2MP, kamera ultra-lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP manakala di hadapan pula adalah kamera swafoto 16MP. Ia dijual di Thailand pada harga THB9,000 (~RM1,187).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO A74 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version