Site icon TechNave BM

OPPO A77 5G dilancar di Malaysia: Bateri 5,000mAh, 33W SUPERVOOC, skrin 90Hz berharga RM1,199

Pada hari ini, OPPO Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaharu iaitu OPPO A77 5G yang dilengkapi pelbagai spesifikasi menarik termasuklah bateri besar, pengecasan pantas dan skrin dengan kadar pantas.

Telefon ini mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W SUPERVOOC yang boleh mengecas penuh baterinya sekitar satu jam 10 minit. Selain itu, ia turut mempunyai skrin Colour-Rich dengan kadar segar semula 90Hz, kadar bacaan sentuh 180Hz dan gamut warna DCI-P3 100%.

Rekaannya pula mempunyai OPPO Glow Design yang terdiri daripada dua warna, iaitu hitam Midnight Black dan biru Ocean Blue. Badannya mempunyai rating kalis air IPX4 yang menjanjikan penggunaan dalam pelbagai cuaca.

Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 810, sistem operasi ColorOS 12.1, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OPPO A77 5G:

OPPO Malaysia kini sedang menganjurkan promosi awal, di mana pembeli yang membeli OPPO A77 5G di Lazada sehingga 8 Jun 2022 boleh mendapatkan harga diskaun iaitu sebanyak RM999 sahaja.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version