Site icon TechNave BM

OPPO A78 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 700, RAM 16GB dan skrin 6.56″ berharga RM1,099

OPPO secara rasmi telah melancarkan A78 5G untuk pasaran Malaysia. Fokus pada telefon ini adalah ia menampilkan pengecasan pantas SUPERVOOCTM 33W dan 5,000mAh. OPPO A78 5G juga menerima penambahbaikan dalam perkakasan dan perisian seperti penambahan RAM sebanyak 8GB+8GB.

A78 5G dilengkapi MediaTek Dimensity 700, RAM 8GB, 128GB ROM dan menyokong storan tambahan mikroSD sehingga 1TB. Teknologi Penambahan RAM OPPO juga boleh meningkatkan lagi jumlah RAM sehingga 8GB. Selain itu, peranti ini hadir dengan ColorOS 13 dan bateri boleh dicas sehingga 100% dalam masa 67 minit.

A78 5G ini turut dilengkapi siri ciri Penjimatan Kuasa AI Sepanjang Hari dengan beberapa mod untuk menjimatkan bateri bagi keperluan kecemasan atau jadual tidur pengguna. Seterusnya, ia memiliki kamera utama 50MP berserta dengan lensa potret 2MP dan kamera swafoto 8MP. Bahagian pembesar suaranya menggunakan dual stereo.

Terdapat ciri Imej Ultra Jelas 108MP menggunakan algoritma perisian untuk meningkatkan resolusi imej kepada 108MP. Ia juga menampilkan ciri pengimejan pintar seperti Perapian Potret AI , Penambahbaikan Adegan AI dan Mod Malam Ultra. Skrinnya berukuran 6.56 inci dengan kadar segar semula 90Hz.

A78 5G tersedia dalam dua warna iaitu Glowing Purple dan Glowing Black serta peranti ini kalis kepada percikan air. OPPO A78 5G akan dijual bermula dari 14 Januari di Malaysia dengan harga RM1,099 di semua My OPPO Space, Kedai Jenama OPPO, Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO, Kedai Dalam Talian Sah OPPO, Rakan Kongsi Kedai Rangkaian, rakan kongsi E-dagang dan rakan telekomunikasi seperti Maxis dan U-mobile.

Bagi pengguna Celcom dan Digi, A78 5G hanya akan tersedia mulai 7 Februari. Pelanggan yang membuat pembelian di Kedai Jenama OPPO akan turut menerima sebuah OPPO Band percuma bernilai RM159. Untuk info lanjut mengenai A78 5G, sila lawati laman rasmi OPPO Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version