Site icon TechNave BM

OPPO A92 dan Enco W31 bakal hadir di Malaysia 4 Mei ini, dapatkan ia secara percuma

Terkini, OPPO Malaysia telah mengumumkan bahawa peranti terkini mereka, OPPO A92 bakal hadir di pasaran Malaysia pada 4 Mei 2020. Pelancaran ini bakal berlangsung secara dalam talian. Enco W31 ialah antara produk yang turut akan dilancarkan bersama OPPO A92.

Sepintas lalu, OPPO A92 dikatakan bakal hadir dengan kamera utama AI 48MP, lensa potret dan lensa ultra-lebar 119 degree. Anda boleh semak spesifikasi lanjut OPPO A92 disini. Truly Wireless Stereo (TWS) Enco W31 yang bakal dilancarkan dilengkapi naik taraf dari segi aspek latensi, mod dwi-bunyi dan pengurangan hingar.

Anda boleh menonton siaran langsung pelancaran ini pada 4 Mei 2020, jam 11 pagi (waktu tempatan). Untuk menontonnya, anda boleh memilih sama ada menonton di laman Facebook OPPO, Astro Go atau Astro Ria. Untuk mengharga tontonan anda, OPPO bakal memberi OPPO A92 dan 3 unit Enco W31 untuk pemenang bertuah.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan salah satu produk OPPO ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version