Site icon TechNave BM

OPPO A92 dilancarkan di Malaysia: RAM 8GB, bateri 5000mAh dan kamera quad AI 48MP bermula RM1,199

Terkini, OPPO Malaysia telah membawa masuk ahli keluarga terbaru dalam barisan produk teknologi OPPO. OPPO A92 dilancarkan dengan beberapa spesifikasi menonjol seperti pengoperasian tetapan kamera yang agak baik untuk peranti kelas pertengahan dan sokongan pengecasan pantas.

OPPO A92 tampil dengan reka bentuk berinspirasikan langit di kutub salji! Peranti ini hadir dengan sokongan RAM yang besar 8GB dan storan sehingga 128GB. Dengan penambahan spesifikasi bateri besar 5000mAh bersama pengecasan pantas 18W, mungkin kita boleh menjangkakn prestasi peranti kelas pertengahan yang baik. Ia juga menyokong rakaman video 4K dengan sokongan EIS anti-gegar untuk kelancaran rakaman video anda! Semak spesifikasi lanjut OPPO A92 di bawah.

Pra-tempah telah dibuka bermula sejurus semasa siaran langsung berlangsung melalui kemudahan imbasan kod QR terpapar dalam siaran langsung. Anda boleh menempah melalui OPPO Concept Store di seluruh negara, kedai dalam talian OPPO dan pengedar sah OPPO. Terdapat juga beberapa penawaran menarik seperti yang tertera dalam gambar di atas.

Adakah peranti ini berjaya menambat nafsu kemahuan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version