Site icon TechNave BM

OPPO A93 5G dilancar di China: Skrin 90Hz, Snapdragon 480 5G, kamera 48MP, berharga ~RM1,248

Baru-baru ini, Qualcomm telah melancarkan cipset Snapdragon 480 5G untuk telefon kelas permulaan 5G. Cipset ini pertama kali digunakan oleh vivo Y31s 5G yang telah dilancarkan pada minggu lalu. Kini, OPPO pula melancarkan sebuah telefon yang dilengkapi Snapdragon 480 5G iaitu OPPO A93 5G.

Berikut adalah spesifikasi OPPO A93 5G :

Peranti OPPO A93 5G dijual pada tanda harga 1,999 Yuan (~ RM1,248) untuk RAM 8GB dengan storan 256GB. Manakala untuk storan 128GB pula, ia masih belum diumumkan.

Ia ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Elegant Silver (Perak), Dazzle Black (Hitam) dan Aurora (Biru pelangi).

Buat masa ini, peranti ini hanya dijual untuk pasaran China sahaja.

Adakah anda berminat dengan OPPO A93 5G ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version